Tentang Kami

JS ADIWARNA PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD.

JS Adiwarna bermula dengan sangat sederhana. Daripada hanya ‘sebuah meja’ dalam pejabat Jemari Seni untuk menerbitkan hanya tiga buah novel kanak-kanak. Bertapak dari  situ, Adiwarna terus melangkah dan kini Adiwarna telah menjadi sebuah syarikat berdaftar yang menerbitkan pelbagai jenis genre; fiksyen dan non-fiksyen. Untuk fiksyen, Adiwarna  menetapkan untuk menerbitkan penulisan yang santai gaya penyampaiannya, berinformasi dan berilmu. Pada masa yang sama, Adiwarna menekankan penggunaan bahasa yang bukan sahaja betul dari segi pemakaian dan nahu, tetapi juga indah. Sebab Adiwarna percaya bahawa ilmu (dan dakwah) mesti disampaikan dalam bahasa yang betul dan indah.Matlamat jangka panjang Adiwarna ialah mahu menjadi penerbit yang ke depan, terunggul dan terkemuka di tanah air kita ini. Adiwarna juga menyimpan hasrat untuk menjadi penerbit yang mampu membawa karya-karya artisan tanah air; penulis dan pelukis ke peringkat antarabangsa.