TENTANG KAMI

PENDAHULUAN
 

Tentang Adiwarna

JS ADIWARNA ‘melahirkan’ buku-buku yang mengutamakan moral. Buku-buku bentuk ini diterbitkan bermula dengan peringkat kanak-kanak, remaja (dan dewasa) serta untuk bacaan umum. Buku-buku terbitan Adiwarna dipantau isi dan bahasanya oleh Munsyi Dewan dan panel khas. Ceritanya pelbagai, daripada hanya cerita-cerita keluarga, cinta dan misteri sehinggalah pada cerita-cerita parodi, melankolik, fantasi dan eksperimental. Selain itu, buku-buku non fiksyen terjemahannya juga berbicara fasal falsafah dan sosiopolitik, budaya, sejarah dan juga agama (serta perbandingan agama).

Tentang Pembaca Adiwarna

Buku-buku terbitan Adiwarna melatih pembaca berfikir di luar kotak. Pembacanya sangat kreatif. Oleh itu, Adiwarna sentiasa memastikan keluarannya ke depan, serta dapat melahirkan pembaca yang berpemikiran kritis, pintar dan kompeten.  

Tentang Sikap Adiwarna pada Pelatihnya

Adiwarna sebuah syarikat penerbitan yang sentiasa mengutamakan idea-idea terkini namun tidak menganggap idea-idea old school sebagai lapuk tanpa memberi peluang diberi nafas baharu. Jika anda seorang yang berfikiran ‘pelik-pelik’ dan unik serta ingin mencuba sesuatu yang menarik, inilah tempatnya anda harus menjalani latihan industri. Di Adiwarna, pengalaman yang diperoleh akan melengkapkan dan meningkatkan pengetahuan serta pemahaman anda untuk meneruskan kehidupan.

Refine Search