LATIHAN INDUSTRI

LATIHAN INDUSTRI

Tentang Janji Adiwarna

Di Adiwarna kami menjanjikan peluang latihan industri daripada A-Z. Adiwarna hanya memilih pelatih sekiranya Adiwarna bersedia untuk memberi latihan di bawah pengawasan penyelia yang berpengalaman. Jadi, Adiwarna bukannya tempat untuk pelatih datang goyang kaki, tanpa mempelajari apa-apa.

Objektif Latihan Industri di Adiwarna

·    Membolehkan pelatih merealisasikan integrasikan teori di universiti/kolej dengan latihan praktikal secara seimbang.

·    Memperkenalkan pelatih dalam alam kerja yang sebenar (khususnya, dalam mengamalkan budaya kerja yang beretika dan profesional).

·    Mendedahkan pelatih pada industri yang dapat memberi peluang serta sokongan dalam memulakan karier kelak.

·    Menyediakan peluang kepada pelatih untuk bekerja dengan pengamal industri yang sesuai serta mendedahkan pelatih kepada majikan yang berpotensi.

·    Melengkapi pelatih meningkatkan lagi pengetahuan dan pemahaman dalam bidang kerja yang sesuai dengan kemahirannya serta fitrahnya.

·    Memperoleh kemahiran dalam komunikasi, pengurusan dan membentuk kerja berpasukan.

Pelatih Pilihan Adiwarna

Antara bidang atau subbidang yang menjadi pilihan ialah:

·    Komunikasi (penerbitan, massa, pencetakan dan filem)

·    Seni halus, multimedia dan grafik

·    Pengajian Perniagaan (pemasaran, jualan, periklanan, operasi)

·    Bahasa dan Linguistik

·    Terjemahan

·    Dan lain-lain sekiranya berkaitan

PENDEKATAN LATIHAN

Bagi memastikan latihan industri ini memberi faedah dan berjaya kepada kedua-dua pihak, Adiwarna akan merancang dan menjadualkan program industri keseluruhan. Adiwarna akan cuba menyediakan peluang pembelajaran maksimum kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman yang berguna dan berkaitan dengan bidang pengajian mereka. Menyelia dan membimbing pelatih dalam projek-projek mereka. Menilai buku log pelatih dan memeriksa laporan terperinci mereka. Menilai prestasi pelajar dari semasa ke semasa sepanjang tempoh latihan

Elaun & Kemudahan Kesihatan

Pelajar juga diberi elaun bulanan dan mendapat kemudahan kesihatan (dengan kadar yang ditetapkan) sepanjang latihan industri. Bagaimanapun tiada insurans berkumpulan peribadi disediakan.

Cara untuk Memohon

Justeru, kalau anda ingin menjadi sebahagian daripada ‘warga kerja’ Adiwarna, silalah e-mel ke info.adiwarna@gmail.com (up: Pn. Noor Suraya). Letak subjek e-mel anda sebagai: Permohonan untuk Latihan Industri.

Sila sertakan:

(a)   Surat muka (antara lain bercerita fasal kelebihan anda untuk dipilih menjalani latihan di Adiwarna serta tempoh latihan)

(b)   Resume yang dikemas kini.

Permohonan harus dibuat dalam bahasa Melayu yang baik, begitu juga dengan resume anda. Pastikan anda mengirim gambar terkini.

There are no products to list in this category.