PENGHANTARAN MANUSKRIP

Syarat Umum

  1. Panjang antara 400 - 600 halaman.
  2. Saiz huruf 12, jenis huruf Times New Roman. Langkau dua baris (double spacing).
  3. Menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dengan rujukan Kamus Dewan (Edisi Empat) terbitan DBP. Bagaimanapun sekiranya perkataan Inggeris itu tiada terjemahan  yang sesuai dalam bahasa Melayu, perkataan itu dibenarkan untuk diguna pakai tetapi mesti italik.
  4. Bahasa daerah yang tiada dalam kamus hanya dibenarkan bagi satu dua ayat dan bukannya dalam bentuk dialog secara menyeluruh; dan seharusnya italik.
  5. Bahasa slanga tidak digalakkan.
  6. Tema adalah bebas, tetapi cerita-cerita yang mengangkat nilai-nilai Islam, nilai murni dan nilai moral sejagat sangat dialu-alukan. Paparan tentang tempat dan masyarakat Melayu yang positif sangat digalakkan.
  7. Sasaran pembaca adalah untuk peringkat umum. Pembaca Adiwarna ialah mereka yang suka pada penulisan pelbagai dimensi, segar dan idea-idea yang menarik serta baharu.

Karya mestilah milik anda yang asli.

Definisi: Karya yang Asli

Tidak jiplak daripada mana-mana terbitan, stensilan atau apa juga yang bukan hasil kerja anda; tidak diterjemahkan daripada mana-mana buku dan mana-mana bahasa; tidak disadur daripada mana-mana sumber atau terbitan lain; tidak merupakan bahan yang ditakrifkan sebagai bahan sekunder yang boleh diertikan sebagai mendominasi karya anda; atau apa-apa juga bentuk yang meragukan keaslian karya anda.

Proses Pemilihan

  1. Penulis boleh menghantar manuskrip yang lengkap pada karya.jsadiwarna@gmail.com (dan cc kepada: info@jsadiwarna.com) berserta dengan sinopsis, surat muka (iringan), biodata ringkas.
  2. Pihak penerbit akan memberi jawapan dalam tempoh 12 minggu sama ada karya anda terpilih atau tidak.
  3. Sekiranya karya tersebut dipilih, pihak editor @ pengurus penerbitan akan menghubungi penulis untuk berbincang proses seterusnya.

Royalti dan Imbuhan

  1. Royalti penulis adalah sebanyak 7.5% daripada harga runcit buku (bagi Semenanjung Malaysia). Royalti pendahuluan sebanyak RM1000-RM2000 (bergantung pada cetakan) akan diberikan sebaik sahaja perjanjian ditandatangani antara penerbit dan penulis. Royalti seterusnya hanya akan dibayar selepas novel tersebut berada dua belas (12) bulan di pasaran.
  2. Sepuluh (10) buah novel percuma diberikan kepada penulis sebaik sahaja cetakan pertama siap. Sekiranya novel diulang cetak, penulis berhak mendapat dua (2) naskhah novel ulang cetaknya. Kiraan sesebuah buku diulang cetak (dan dicatatkan sebagai cetakan seterusnya) ialah apabila buku berkenaan habis terjual sebanyak 3 000 naskhah bagi setiap cetakan.
  3. Penulis dapat membeli bukunya sendiri dan juga buku penulis lain (termasuk keluaran Jemari Seni Sdn. Bhd.) dengan harga istimewa penulis yakni sebanyak 40%.

 

There are no products to list in this category.